Posts

Showing posts from January, 2011

adik-adikku..,

Image
adik-adikku.., salam warahmatullah... Agak lama tidak mencoret untaian rasa. Hambatan masa barangkali. Mungkin juga disebabkan laptopku merajuk. Laptopku  terlalu penat sebelum ini, so, dia berehat dalam laci meja sekarang ini...sakit. (masalah LED rosak =). Mood cuti sudah mula menghuni hati. Kek lapis sarawak, rantai tangan mutiara untuk emak, baju untuk adik-adik dan ahli keluarga yang lain. Sudah siap sedia untuk diisi dalam luggage. Cuti pulang ke kampung bukan untuk bersuka ria. Tapi, lebih dari itu sebenarnya. Itupun kalau kita sedar...sekali-sekala pulang ke kampung, ambillah peluang untuk mempereratkan silaturrahim keluarga.Duduk berkumpul berbincang segala permasalahan... sedikit risau dengan adik-adik yang semakin membesar. Risau kalau-kalau,mereka gagal menjejak pedoman untuk dijadikan panduan hidup seharian. Lebih merisaukan dengan krisis akhlak yang semakin menjadi-jadi berhampiran mereka.Pengaruh rakan sebaya...couple, rokok,.....,itu, ini.., ketahuilah adi...

bekerjalah wahai hati

Image
bekerjalah wahai hati usrah?sekali seminggu aje pun. Pelik tatkala hati masih berbolak-balik, sama ada menghadiri majlis agama atau menyelesaikan kerja dunia yang sememangnya tidak akan selesai selagi hayat dikandung badan. Masih beruntung, akal masih tunduk pada kehendak hati. Akal kata: "malas la nak pergi usrah..banyak lagi yang kena study, assigment x siap lagi, itu ini..bla..bla.."(banyak alasan!) Hati:" Stay sekejap dalam majlis ilmu, tak lama, sebentar saja. Sekurangnya, terubat juga hati yang sudah tidak berapa sihat.".   Tugas hati masih belum selesai. tugas berikutnya adalah, mencari keikhlasan hati tatkala jasad sudah berada dalam majlis ilmu. Bukan senang, tapi boleh. Insyaallah. Apalah guna setiap perbuatan baik tanpa ikhlas. uhh, iklas yang aaaamat sukar dicari dalam hati yang separa rela melakukan kebaikan. Nauzubillah... Hati amat susah dipelihara dari segala kebatilan. sedikit dosa sahaja, sudah memadai untuk memberi bekas pada hati. sedikit ...

doakan saya..

Image
salam warahmatullah... hari-hari menjelang peperiksaan.,  bercampur baur rasa.                                                      baaaaanyaaak lagi perlu revision... doakan saya...doakan kejayaan saya dunia dan akhirat..,