seharum kasihmu...
“Wujudkah dalam hati kita rasa rindu terhadap baginda Rasulullah s.a.w?” “Wujudkah dalam hati aku terhadap Rasulullah?” Mengulang semula soalan yang diajukan oleh seorang sahabat. “Sungguh telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat rasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang beriman” (Surah At-Taubah:ayat 128) Kasih sayang Rasulullah s.a.w tiada taranya buat kita sehingga Allah menifestasikan dalam kalam suci Al-Quran. Bertuahnya kita, dikurniakan Rasulullah s.a.w sebagai utusan wahyu Allah.... Diriwayatkan oleh Abdullah Bin Amar Bin Al-Asr bahawa Rasullullah s.a.w membaca ayat Al-Quran yang bermaksud: "Jika Engkau menyiksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu, dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana" (surah al-maidah:ayat 118) Setelah selesai menunaikan solat, baginda ...