selamat pulang mas afzal
Sebulan lalu, terbaca satu artikel di laman web i luv islam. Artikel ringkas yang menceritakan perihal pengorbanan seorang ibu terhadap anak yang menderita penyakit kanser. Baru sahaja melintasi tajuk neoplasm. Pantas tangan menyelak page “Hodgkin Lymphoma” untuk mencari keterangan lanjut. Hodgkin Lymphoma, penyakit yang dideritai oleh penulis artikel I luv islam yang baru dihadam sepintas lalu itu… Alhamdulillah…!detik hati tatkala membaca perihal prognosis cancer tersebut. Mostly can be treated! Brother Mas Afzal (penulis artikel I luv islam) masih berpeluang untuk sembuh, rumusku sendiri. Biar hati sendiri ragu untuk meyakininya memandangkan penyakit tersebut bukan biasa2..tapi pangkalnya adalah ‘cancer’. Penyakit yang menghantui para penghidapnya..persoalan hidup dan mati. Walaupun hakikat kematian itu dialami oleh setiap yang bergelar makhluk. Cuma caranya atau keadaan yang berbeza… ...