Posts

lafazkan syukur itu

Image
Salam warahmatullah.... Alhamdulillah...masih diberi rezeki oleh Allah untuk menghirup udara 9 Ramadhan. Pejam celik, sudah melangkaui 1/4 Ramadhan. Sekejap rasanya... Flashback semula peristiwa seminggu yang lepas. Beberapa jam melangkau 1 Ramadhan, sempat lagi keluar cari makanan untuk sahur keesokan harinya. Semangat semuanya, menunggu detik 1 Ramadhan. Sebulan sebelum Ramadhan berkunjung, hati sudah berkira-kira bagaimana agaknya untuk solat terawih berjemaah pada tahun ni? Selepas solat isyak, ahli-ahli rumah dududk berkumpul 'bermesyuarat' perihal terawih. Biar tiada jalan penyelesaian, hati tetap terubat melihat kesungguhan sahabat-sahabat housemate dalam mencapai misi besar "solat terawih berjemaah" :) Setahun sekali je pun, biarlah bersusah payah sedikit.  "Kan best kalau ada miracle Nan, ada orang volunteer amik dan hantar kita terawih"', sempat lagi berangan suarakan rasa hati. Dalam perjalanan balik ( menggunakan teksi), sempat ber

bukan sebab doa aku...

Image
Salam warahmatullah.... Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..... Segala kesyukuran atas nikmat yang Allah kurniakan. Moga diri tidak alpa bahawa nikmat itu juga merupakan salah satu ujian Allah kepada kita. Tapi, satu yang pasti, kejayaan sekarang bukan kerana doa itu, tetapi kerana sifat ALLAH YANG MAHA PEMURAH TERHADAP HAMBANYA.... Buat sahabat yang berjaya menggenggam nikmat ini, kejayaan itu bukan hak milik kekal kita...segalanya dalam genggaman Allah. Tapi yang pasti, setipa usaha yang kita lakarkan ada nilai disisi Allah jika nawaitu itu benar kerana Allah. Moga kejayaan ini menjadi turning point kepada kita untuk menjadi hamba ALLAH yang bersyukur. Buat sahabat yang diuji dengan ujian kegagalan, ketahuilah bahawa kegagalan itu juga bukan bersifat kekal. Pohonlah kepada Allah agar dikurniakan hati sewaja besi untuk meneruskan langkah perjuangan di medan ilmu ini. Tiada apa yang senang di dunia ini. Tetapi, yakinlah bahawa ia akan menjadi amat mudah dengan izin Al

terrorist!

Image
“Terrorist!” Dahiku berkerut tatkala mendengar jawapan sahabat non-muslim. Posisi badanku terus berubah. Tegak. Nafas ku sedut perlahan. Cuba menstabilkan keadaan jantung yang berdegup kencang. Hakikat sebenar, darjah amarah semakin meninggi. “Panas!”                                    Keluh sahabat yang berada disampingku sambil melepaskan nafasnya. Dia juga marah. Sama sepertiku.  “Siapakah Osama Bin Laden?”   Tanya seorang sahabatku yang sedang membentangkan isu-isu kontemporari   islam. Tajuk yang dibawa oleh mereka sangat menarik bagiku. Boleh menjadi medium dakwah kepada sahabat non-muslim yang lain. Sahabat non-muslim pertama yang ditanya hanya menggelengkan kepala. No idea! Ada sahabat non-muslim yang kedua ingin cuba menjawab. Terkeluarlah jawapan diatas. Terrorist! Jawapan yang cukup untuk menyentap hati sesiapa yang mendengarnya. islam bukan agama keganasan seperti omongan media barat Bukan jawapan ‘terrorist’ yang menjadi permasalahan. Tapi cara jawapan y

tiga episod; satu resepi

Image
Episod: buah limau “Ni, makan yang mak dah kupas,”arah mak sambil menghulurkan buah limau bali yang baru dibeli dipasar. Aku hanya mengangguk sambil   tangan tetap laju menyuap buah ke mulut. Sedap. Manis rasanya. Lebih enak bila ada yang tolong kupaskan. Dan lebih lazat bila buah itu dikupas dengan sedikit rencah kasih sayang. Aku berhenti seketika. Bagi member i peluang kepada mak untuk merasa buah yang dikupasnya. “Makan la buah yang mak dah kupas tu,”ujar mak sambil terus mengupas kulit limau yang agak tebal. Timbul serba salah dalam hati. Mak mengupas hampir keseluruhan buah itu. Tetapi hampir keseluruhan buah itu, masuk kemulutku! Jarang sekali buah itu masuk kemulutnya….                                                        limau sunkist yang tak kurang lazatnya:) Episod: nasi dagang Aku senyum sendiri   sambil tangan laju mengacau air teh   untuk sarapan. Berpuas hati dengan prestasi membuat air teh “hawa-hawa manis” (kurang manis) untuk santapan mak dan ayah. Ah, apal

seharum kasihmu...

Image
“Wujudkah dalam hati kita rasa rindu terhadap baginda Rasulullah s.a.w?” “Wujudkah dalam hati aku  terhadap Rasulullah?”  Mengulang semula soalan yang diajukan oleh seorang sahabat. “Sungguh telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat rasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang beriman” (Surah At-Taubah:ayat 128) Kasih sayang Rasulullah s.a.w tiada taranya buat kita sehingga Allah menifestasikan dalam kalam suci Al-Quran. Bertuahnya kita, dikurniakan Rasulullah s.a.w sebagai utusan wahyu Allah.... Diriwayatkan oleh Abdullah Bin Amar Bin Al-Asr bahawa Rasullullah s.a.w membaca ayat Al-Quran yang bermaksud:  "Jika Engkau menyiksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu, dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana"  (surah al-maidah:ayat 118) Setelah selesai menunaikan solat, baginda Rasululla

rayuan sahabat...,

Image
Tiga tahun, cukup untuk mengikat simpulan hati sekemas-kemasnya tanpa terurai dengan izin Allah. Terasa manisnya persahabatan...gembira bersama. Marah pun pernah, merajuk pun ada. Tapi, itu semua rencah persahabatan, ujian dalam memperkuatkan simpulan persahabatan. Allah pertemukan kembali setelah berpisah hampir dua tahun. Ya, takdir Allah siapa tahu..kami menjadi teman sebilik. Menyulam impian indah ke menara gading bersama. "Nanti, bolehlah kita sambung blajar kat sini lepas asasi ni..nanti kita pergi cari majlis ilmu sama-sama kat area ni ya,"kata-kata sahabat yang masih terpahat di ingatan.Sahabat yang baik, sahabat yang mendekatkan kita kepada Maha Pencipta. Cerita setahun yang lampau...penuh dengan kecerian. "Rindu," Semenjak pagi, fikiran teringatkan sahabat yang jauh. Dulu, tidak pernah ada istilah rindukan sahabat. Tak pernah...Ah hati, susah dijangka percaturannya. "Assalamualaikum Na,". Suara sahabatku memanggil dari jauh petang tadi. Al

adik-adikku..,

Image
adik-adikku.., salam warahmatullah... Agak lama tidak mencoret untaian rasa. Hambatan masa barangkali. Mungkin juga disebabkan laptopku merajuk. Laptopku  terlalu penat sebelum ini, so, dia berehat dalam laci meja sekarang ini...sakit. (masalah LED rosak =). Mood cuti sudah mula menghuni hati. Kek lapis sarawak, rantai tangan mutiara untuk emak, baju untuk adik-adik dan ahli keluarga yang lain. Sudah siap sedia untuk diisi dalam luggage. Cuti pulang ke kampung bukan untuk bersuka ria. Tapi, lebih dari itu sebenarnya. Itupun kalau kita sedar...sekali-sekala pulang ke kampung, ambillah peluang untuk mempereratkan silaturrahim keluarga.Duduk berkumpul berbincang segala permasalahan... sedikit risau dengan adik-adik yang semakin membesar. Risau kalau-kalau,mereka gagal menjejak pedoman untuk dijadikan panduan hidup seharian. Lebih merisaukan dengan krisis akhlak yang semakin menjadi-jadi berhampiran mereka.Pengaruh rakan sebaya...couple, rokok,.....,itu, ini.., ketahuilah adik-ad