lafazkan syukur itu

Salam warahmatullah....


Alhamdulillah...masih diberi rezeki oleh Allah untuk menghirup udara 9 Ramadhan. Pejam celik, sudah melangkaui 1/4 Ramadhan. Sekejap rasanya...

Flashback semula peristiwa seminggu yang lepas. Beberapa jam melangkau 1 Ramadhan, sempat lagi keluar cari makanan untuk sahur keesokan harinya. Semangat semuanya, menunggu detik 1 Ramadhan.

Sebulan sebelum Ramadhan berkunjung, hati sudah berkira-kira bagaimana agaknya untuk solat terawih berjemaah pada tahun ni? Selepas solat isyak, ahli-ahli rumah dududk berkumpul 'bermesyuarat' perihal terawih. Biar tiada jalan penyelesaian, hati tetap terubat melihat kesungguhan sahabat-sahabat housemate dalam mencapai misi besar "solat terawih berjemaah" :) Setahun sekali je pun, biarlah bersusah payah sedikit.
 "Kan best kalau ada miracle Nan, ada orang volunteer amik dan hantar kita terawih"', sempat lagi berangan suarakan rasa hati.

Dalam perjalanan balik ( menggunakan teksi), sempat bertanyakan pakcik teksi kalau-kalau ada masjid yang terdekat. Sekurang-kurangnya dapat juga kami rumah sewa dapat berjalan kaki dengan selamatnya ke masjid.
"Banyak maasjid. Ni ha masjid", ujar Pak Cik Ali (pak cik teksi tadi) dengan semangatnya. 'Mak aih, jauhnya, ni bukan dekat pakcik. Mahunya berejam nak sampai masjid ni' sempat berkata-kata sendiri.

"Ni pun masjid jgak", kata Pak Cik Ali sambil menunjukkan sebuah masjid dalam taman perumahan. Cantik. Tapi malangnya sangat jauh untuk pejalan kaki tegar seperti kami.
"Jauh dari rumah kitorang ni pakcik", ujar sahabatku.

"Macam ni lah, biar pak cik tengok dulu rumah korang kat mana, nanti pakcik carikan masjid yang terdekat", ujar Pak Cik Ali dengan baik hatinya.
 Rasa lega sudah mula menapak dihati. Mula berangan-angan dapat solat terawih di masjid walaupun belum tahu adakah masjid yang dekat dari rumah kitorang...tak mengapa, sekurang-kurangnya harapan itu tetap ada.

"Hmm, macamnilah, biar Pakcik hantar korang ke terawih selama sebulan ni. Percuma. Tak payah bayar. Pak cik sedeqah..."

Terkedu semua. Alhamdulillah. Subhanallah. Rezeki tak disangka-sangka. Miracle :)

"Tak susahkan Pakcik ke nanti?"
"Apa nak susahnya, semoga Pakcik dapat pahala hantar kamu semua. Rezeki tu urusan Allah. Allah dah atur segalanya...", ujar Pak Cik Ali.

Gembira tak terkata rasa hati. Rezeki datang beberapa sejam sebelum melangkah 1 Ramadhan.

Rezeki dari Allah melalui salah seorang hambanya kepada hambanya yang lain. Walau zahirnya dari Pakcik teksi, tapi yang pastinya semuaaanya dari Allah Yang Mha Pengasih. Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih ya Allah yang sentiasa BAIK dengan hambaMu walaupun hambaMU ini tidak sentiasa baik denganMu. Walau berjuta khilaf sekalipun, ALLAH sentiasa menghulurkan rahmat kasih sayangnya terhadap hambaNYA. Beruntungnya kita......


pintu masuk masjid. semalam, ada mat salleh tekun tengok orang solat dekat pintu ini.......


                                                         ramai juga yang datang....alhamdulillah.....






wallahualam.....

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

adik-adikku..,

indahnya ungkapan salam!

bersediakah aku....