seharum kasihmu...
“Wujudkah dalam hati kita rasa rindu terhadap baginda Rasulullah s.a.w?”
“Wujudkah dalam hati aku terhadap Rasulullah?”
Mengulang semula soalan yang diajukan oleh seorang sahabat.
“Sungguh telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat rasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang beriman” (Surah At-Taubah:ayat 128)
Kasih sayang Rasulullah s.a.w tiada taranya buat kita sehingga Allah menifestasikan dalam kalam suci Al-Quran. Bertuahnya kita, dikurniakan Rasulullah s.a.w sebagai utusan wahyu Allah....
Diriwayatkan oleh Abdullah Bin Amar Bin Al-Asr bahawa Rasullullah s.a.w membaca ayat Al-Quran yang bermaksud:
"Jika Engkau menyiksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu, dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana"
(surah al-maidah:ayat 118)
Setelah selesai menunaikan solat, baginda Rasulullah s.a.w berdoa menadah tangan kepada Allah dengan air mata yang berlinangan sambil menyebut "Ya Allah Ya Tuhanku, umatku, umatku, umatku, umatku......" Baginda Rasulullah menyebut "umatku" berulang kali dan berdoa tentang apakah kesudahan umatnya kelak; (kita) sehingga Allah s.w.t mengutuskan malaikat Jibril alaihissalam...,
walaupun pada hakikatnya Allah s.w.t Maha Mengetahui segalanya...
Lalu Jibril as mengkhabarkan kepada Allah bahawa Baginda Nabi s.a.w mengadu kepada Allah s.w.t berkenaan umatnya, supaya Allah menyelamatkan umatnya pada hari kiamat kelak.
Rasulullah s.a.w menangis; risau akan nasib kita di akhirat kelak; Baginda s.a.w menangis kerana terlalu sayangkan kita..,Pernah atau tidak mata kita ini menangis kerana teringatkan Baginda s.a.w? Adakah hanya lidah sahaja yang melafazkan lafaz syahadah "....dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" sedangkan kita tidak pernah cuba untuk mengenali baginda Rasul yang menjadi kesayangan seluruh makhluk dunia...
Kita teramatlah berharap kepada syafaat Rasulullah s.a.w, tetapi lidah berat sekali untuk mengucapkan selawat keatas baginda...
"Ummati,Ummati, Ummati...."
Kata-kata di penghujung hayat Rasulullah s.a.w. Satu lagi bukti kasih sayang selautan kasih kepada umatnya.Mengharum cinta dan rindu itu dalam lipatan sirah.
Tapi,
Wujudkah RINDU itu terhadap Rasullah s.a.w ?
Wujudkah CINTA itu terhadap Rasulullah s.a.w?
Tanyalah hati kita....
Wallahualam.
semoga cinta kita terhadap Rasullulah s.a.w mekar dihati seperti mekarnya bunga-bunga...


Comments
Post a Comment