selamat pulang mas afzal
Sebulan lalu, terbaca satu artikel di laman web i luv islam. Artikel ringkas yang menceritakan perihal pengorbanan seorang ibu terhadap anak yang menderita penyakit kanser. Baru sahaja melintasi tajuk neoplasm. Pantas tangan menyelak page “Hodgkin Lymphoma” untuk mencari keterangan lanjut. Hodgkin Lymphoma, penyakit yang dideritai oleh penulis artikel I luv islam yang baru dihadam sepintas lalu itu… Alhamdulillah…!detik hati tatkala membaca perihal prognosis cancer tersebut. Mostly can be treated! Brother Mas Afzal (penulis artikel I luv islam) masih berpeluang untuk sembuh, rumusku sendiri. Biar hati sendiri ragu untuk meyakininya memandangkan penyakit tersebut bukan biasa2..tapi pangkalnya adalah ‘cancer’. Penyakit yang menghantui para penghidapnya..persoalan hidup dan mati. Walaupun hakikat kematian itu dialami oleh setiap yang bergelar makhluk. Cuma caranya atau keadaan yang berbeza…
mati permulaan kepada perjalanan akhirat yang masih panjang....
Not The Primrose path’. Blog yang ditulis oleh brother Mas Afzal. Kronologi perkembangan penyakitnya. Tergambar ketabahan beliau walaupun aku sekadar mentafsir ayat-ayat yang diolahnya. Tanpa bertemu, tanpa berjumpa, tanpa berbicara. Penulisannya membuatkan aku sedikit sebanyak memahami keadaan seorang penghidap kanser yang masih berharap pada setiap harapan mendatang. Harapan tersebut terdapat segala kemungkinan.Ya, segala kemungkinan…juga memberi makna takdir yang mendatang.
Never give up! Redha atas ketentuan Maha Pencipta. Sentiasa positif! Tidak mengeluh dengan takdir Allah. Sedikit rumusan fikiran terhadap brother Mas Afzal. Bukan memuji, tetapi cukup untuk membuatku kagum dengan ketabahan dan semangat yang dimilikinya dalam episod ‘cancer fighter’.
Beberapa hari lepas aku tercari-cari laman blognya. Hajat di hati, ingin membuat link dengan blog brother mas Afzal..Cuba memerah sediikit ingatan..kalau-kalau terlintas laman blognya di fikiran. Semalam, 19 Disember 2010, sempat memantau blog ustaz Hasrizal…mencari-cari post terbaru beliau yang pada hematku banyak member informasi berguna. “Berlarilah Mas, menuju kepada Temanmu Yang Maha Tinggi”. Aku membaca tajuk article ustaz Hasrizal berulang kali. Cuba menangkap idea awal artikel. Tapi gagal. Tajuk kali ini sedikit mendalam bagiku. Aku terus lanjutkan bacaanku.
“Innalillah wainna ilaihiroojiuun……..” brother Mas Afzal telah pulang menghadap Maha Pencipta. Kelu seketika. Mataku terus terpaku pada artikel yang baru ku baca. Ikutkan hati…tak nak percaya. Tapi hakikatnya benar.. brother Mas Afzal sudah tidak menderita lagi. Beliau sudah menghadap Allah Maha Pengasih.Biarlah dia pulang…Allah menyayanginya, bisik hati. Lerai jua air mata. Sedih. Orang yang ku cari sudah dijemput Allah.Sungguh, ketentuan Ilahi adalah yang terbaik! Pulanglah wahai jiwa-jiwa yang tenang ke pangkuan Tuhan-MU…..
“Ya Allah, anugerahkanlah sedikit ketabahan dan semangat allahyarham Dr. Mas Afzal, untuk menjadi ikutan buat diriku yang baru bertatih….Izinkan aku memiliki jiwa seorang doktor muslim sepertinya. Amiin..” ~usah diucap selamat tinggal. Tapi ucapkanlah semoga bertemu kembali, kalau bukan di dunia, insyaallah di syurga sana. Amen.~ (petikan kata-kata allahyarham)

Comments
Post a Comment