aura exam
‘Aura exam’
Dua minggu lagi musim peperiksaan akan mengambil putaran masa. Dua minggu bukanlah waktu yang lama untuk membuat persiapan akhir. Pejam celik, pejam celik, sudah berada dalam dewan peperiksaan yang ‘menyeramkan’ (bagiku). Nota-nota diimbas, buku-buku diselak-selak, segala diskusi ilmu diteliti. Cukup rapi! Kalaulah seorang askar, mungkin sudah bersedia rapi dengan pelbagai saiz peluru.
Nota-nota diimbas, buku-buku diselak-selak, segala diskusi ilmu diteliti. Ini namanya USAHA.
“Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya”.(An-Najm:39)
Cukupkah usaha semata-mata untuk menghadapi peperiksaan? Soalan bonus bagi insan lemah macam aku… Jawapan: memang tidak mencukupi! Usahaku yang sedikit memang tidak menjamin apa2pun. Melainkan dengan pertolongan Tuhanku yang Maha Baik.
Blank dalam dewan peperiksaan perkara biasa. Ya, Allah bisa jadikan kita ‘blank’. Nightmare! Allah juga mampu jadikan kita orang yang boleh mengingati semula apa yang kita baca atau pelajari. Allah mampu buat segalanya mengikut kehendaknya. Allah Maha Kuasa!kita di bawah kuasaannya…
Usahlah sombong dengan ALLAH swt. Mintalah pertolongan Allah dalam sekecil-kecil perkara. Sungguh, Allah akan tolong hambanya dengan sebaik-baik pertolongan . Yakinlah dengan pertolongan Allah. Doa! Itu kuncinya.
Kejayaanmu bukanlah kerana hasil usahamu yang teramatlah sedikit itu. Tetapi, hakikat kejayaan itu adalah datangnya dari Tuhanmu yang amatlah pengasih terhadap hamba-hambanya…
Tiada apanya dengan kebanggaan kejayaan dunia..,sungguh, kejayaan akhirat adalah segala-galanya!
"...AKU kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU..." (al-baqarah:186)

Comments
Post a Comment